JUN 2022

Premier Sarawak Terima Anugerah Kemanusiaan ( ICH )


KUCHING, Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg telah menerima Anugerah Kemanusiaan ICH ( Intangible Cultural Heritage ) diatas kepimpinan dalam menerajui Songket Sarawak yang telah disampaikan oleh Mr Kim JiSung, Pengarah Urusan, International Information and Networking Centre for Intangible Cultural Heritage in the Asia-Pacific under the auspices of UNESCO ( ICHCAP ) yang berpengkalan di Negara Korea.

Turut menerima Anugerah tersebut adalah YBhg Datuk Amar Puan Sri Hajjah Juma'ani bt Tun Tuanku Bujang dan YB Datuk Sri Haji Abd Karim Rahman bin Hamzah.

Sebelum itu, seramai 30 orang Penenun Songket Sarawak seluruh Sarawak menerima Anugerah Komuniti ICH.

14 buah negara telah turut hadir dan mengadakan persembahan pada majlis tersebut. 

Majlis Anugerah Kemanusiaan dan Komuniti  Julungkali diadakan peringkat Asia-Pasific tersebut anjuran bersama Kerajaan Sarawak, UNESCO ( ICHCAP ) dan Persatuan Penggiat Seni dan Budaya Malaysia ( MACPA ).

Dalam ucapan YAB, beliau dengan penuh yakin menerusi jaringan tersebut, Songket Sarawak dapat di perkenal dan dipasar ke seluruh dunia.

Tambah beliau, diharap dengan adanya Pusat Songket Sarawak seluruh Sarawak kelak akan meningkatkan lagi produksi, pendidikan dan latihan serta pemasaran.

Turut hadir sama, Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Awg Asfia bin Awg Nassar,  YB Datuk Sri Haji Abdul Karim Rahman bin Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Budaya Sarawak, Mazuki bin Tambi, Presiden MACPA serta kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku